Blogger Templates

Thursday, June 23, 2011

dag..dig..dug...

bila hati berbisik....
hati blh berbisik ker??? woi cik kak, 2 quote la...heheh

kisah bermula pada suatu pagi yang nyaman.. burung-burung bebas berkicauan...
kelihatan sekumpulan si gadis berjalan dengan lenggoknya... pintu ditolak...oo..gi library rpenya.. bru lpas kelas waktu pagi.. so, nak menunggu kelas seterusnya.. lepak2 la kt lib. blh cuci2 mata.. bgus mereka ini... g lib..

sedang si gadis ni berjalan menghampiri meja2 yang tersusun rapi di lib, dia terpandang si jejaka yang sedang khusyuk membaca surat khabar di satu sudut ruangan untuk membaca akhbar, ada sofa dan meja.. ala cam ruang tamu la...

si gadis hanya memandang sekadar sekilas pandang dan memandang untuk kali ke2.. ada sesuatu yang menarik perhatian si gadis itu...ummm...

dag..dig..dug...

seperti ada hembusan bayu pantai ketika itu, meniup lembut meresap masuk satu perasaan didalam hati si gadis...getar di jiwa disaat melihat si jejaka di sana..
siapakah dia???

tertarik dgn si jejaka, si gadis mengambil keputusan duduk berhampiran,hanya untuk melihat si jejaka..

"siapa dia ni??nape aku saka sgt tgk dia nie??ish!! cik mata, cik mata...tgk la tempat lain...ish!"bisik si gadis dalam hati keciknya.. namun, matanya yang bulat itu tetap untuk melihat si jejaka yg khusyuk dgn paper di tangan...

si gadis betol2 telah jatuh hati dgn si jejaka berkenaan.. sejak dari hari itu.. si gadis selalu pergi ke lib, semata-mata untuk melihat si jejaka..


Sejak detik dan ketika itu, bayangan si jejaka itu tidak lekang dari ingatan si gadis.. teringin rasanya si gadis untuk mengenali si jejaka berkenaan..siapakah empunya gerangan.. walaubagaimanapun, si gadis itu takut, malu untuk menyapa.. bimbang di cop perigi cari timba, si gadis hanya berserah…

Hari ke hari, si gadis makin angau pada jejaka tersebut… daripada seorang teman, si gadis mengetahui siapakah empunya diri.. nama, asal, jabatan, senior ke junior, umur,dan paling penting single ke couple… lega rasa hati si gadis bila mengetahui sedikit sebanyak perihal si jejaka pujaan..

“ skrg dia sem 3, aku sem 1, sem dpan dia p L.I.. dh x jmpa utk tempoh 6bln.. dia sem 5, aku sem 3.. blh jmpa lg utk 6bln…umm” hitung si gadis sendirian..
Dan utk jangka masa 6 bln itu, si gadis hanya memerhati si jejaka dari kejauhan..habis sem 1…

Sem 2..
Hari-hari berlalu tanpa kehadiran si jejaka. Si gadis ke lib hanya dapat melihat tempat yang bsa si jejaka duduk untuk membaca paper.. sem 2 ini di lalui dgn pelbagai aktiviti kelab.. si gadis di wajibkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum.. si gadis telah masuk kelab taekwondo.. latihan di adakan setiap malam rabu… di pusat sukan yang terletak di pinggir padang..

Pada suatu malam,malam pertama si gadis turun untuk latihan bersama beberapa org lg kawan2 baik si gadis..si gadis seperti biasa, riang di samping teman2 di sayangi.. masuk ke dalam pusat sukan dan terus mengambil tempat duduk sementara menunggu instructor datang untuk mengajar…sambil berbual2 dgn teman seangkatan… tetiba…

Dug..dag..dug..dag…

Degupan jantung meningkat 200 denyutan sesaat… kenapa??? Skit jantungkah si gadis berkenaan?? Tidak… rupanya… si jejaka berkenaan memunculka diri di pusat sukan.. rupanya, si jejaka antara org kuat kelab taekwondo di kampus… mak aii… seronoknya si gadis pada malam itu…hanya tuhan sahaja yang tahu. Anggapan si gadis bahawa dia tidak akan bertemu dgn si jejaka utk tempoh masa 6 bulan meleset.. merasa bagai dunia ini si gadis yang punya…bila bertentangan mata dengan si jejaka dan buat pertama kali si jejaka menghadiahkan senyuman kepadanya. Bagai tercabut jantung dari tempatnya…

“dia senyum kt aku! Dia senyum kt aku!” menjerit2 si gadis dalam hati. Hehehe.. keperasanan melanda diri..

Dan sejak pada malam itu, si gadis terus bersemangat.. terutama pada hari rabu malam.. sebab.. latihan taekwondo akan di adakan… dan sekiranya latihan di batalkan,si gadis lah antara insan yang paling malang dan penuh kekecewaan.. teruk bebenor dah tu…

Dan antara part yang paling disukai oleh si gadis,apabila selesai latihan si jejaka akan ke cafĂ© untuk membeli pape yang patut..dan di situ, si gadis akan bertemu dgn si jejaka dan mereka tersenyum sesame sendiri.. hanya tersenyum… sapa x pun.. apa lah…

Water cooler di pusat sukan pernah jadi saksi bilamana si gadis berebut dgn si jejaka untuk ambik air.. tu pun nak berebut… tapi dgn gentlenya, si jejaka ‘ladies 1st’.. lagi angau si gadis.. senyum meleret sampai telinga… Dan begitu lah selama 6 bulan.. si gadis masih takot untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.
.
Satu incident yang akan sentisa di kenang…si gadis bersama dgn seorg teman telah membuat sesuatu yang agak mengejutkan teman2 si gadis yg lain sekiranya di ceritakan.. ketika itu, habis kelas petang sekitar pukul 6, si gadis bersama dgn seorang teman telah naik ke pejabat dan pergi ke papan notis semata-mata untuk mencari nombor telefon si jejaka. Kawan si gadis memberitahu si gadis bahawa, dia ada ternampak senarai nama berserta nombor telefon di pejabat. Dan dgn itu kawan si gadis ini menyuruh si gadis untuk pergi mencari nama si jejaka berkenaan.. manalah tau, da rezeki, da nombor telefon.. si gadis dgn xcitednya bersetuju dgn plan yg diatur oleh kawan si gadis.. selepas habis kelas, mereka berdua pun berjalan menuju ke pejabat. Dgn perasaan cemas dan takut terkantoi, mereka berdua cepat2 mencari dan akhirnya si gadis terjumpa nama si jejaka berserta nombor telefon.. alangkah gumbiranya hati si gadis.. setelah mengambil nombor telefon, mereka berdua cepat2 beredar dari situ. Terbahak2 mereka ketawa, x sangka dengan apa yang dilakukan mereka.. seperti nak mencuri..padahal bukan ada apa2 pun.. takut sgt… kenakalan si gadis dan temanya itu akan di kenang selamanya..

Sem3..
Ketika si gadis berada di sem3, si jejaka telah masuk sem5.. waktu itu, ada satu tournament taekwondo dan olahraga akan di jalankan di salah satu ipt. Dan ketika itu, walaupun si gadis tidak terpilih untuk menyertai tournament itu, si gadis diberi peluang untuk turut serta sbg penyokong.. penyokong pn jadila.. sekurang-kurangnya boleh jugak si gadis dekat dgn si jejaka ekoran si jejaka terpilih untuk memasuki tournament tersebut..

Ketika di sana, adalah saat yang tidak boleh dilupakan oleh si gadis bila buat pertama kalinya, si gadis boleh bersembang2 dgn si jejaka, berdua-duaan di sebuah mall setelah di tinggalkan kawan2 yang lain.. dihalang oleh si jejaka ketika si gadis ingin menaiki tangga bas untuk masuk ke dalam bas… ditegur oleh si jejaka “ pandai jaga baby yer “, dan terasa gambarnya di curi2 ambil oleh si jejaka ketika berada di kedai makan. Walaupun perkara yang berlaku hanyalah sesuatu yang biasa tapi bg si gadis, itu adalah sgt berharga buat si gadis..

Pada saat2 akhir perpisahan, si gadis telah menghadiahkan si jejaka sebuah botol di dalamnya berisi bintang2 origami.. di letakkan sekeping nota..dan isi nota itu…biarlah si gadis itu shaja yang mengetahuinya… hadiah itu di sampaikan oleh seorang teman merangkap adik angkat.. dan selepas itu… si gadis langsung tidak bertemu dgn si jejaka… rasa sayu di dalam hati.. perasaan yang terbuku didalam hati tidak terluah juga.. wbgaimanapun.,pada ketika itu, Friendster adalah laman social yg pling popular..menerusi laman social itulah si gadis mengambiltahu hal si jejaka..
Setelah tamat pengajian di ipt tersebut….

Si gadis terus mencari si jejaka berkenaan..dan berharap dapat bertemu.. daripada laman social Friendster ke facebook… si gadis setia mencari…

Hampir 5 tahun sejak keluarnya dari ipt tersebut dan sehingga si gadis melanjutkan kembali pelajaran di ipt yang lain, hanya si jejaka berkenaan yang ada dalam hati si gadis.. setelah sekian lama mencari profil si jejaka di laman social mukabuku, akhirnya, si gadis terjumpa dgan page si jejaka… si gadis tlah mengadd si jejaka dan keesokkan harinya, si jejaka tersebut telah mengapprove si gadis.. alangkah bahagianya si gadis berkenaan. Kegembiraan si gadis di kongsi bersama2 teman baik yang di panggil si labu..

si labu pernah bersuara " lpekan jelah si jejaka 2.. buat seksa je tunggu dia. bg chance kt jejaka lain.". lbh kurang cm 2 la omongan si kawan pada si gadis..

si gadis pernah terfikir untuk melupakan si jejaka, tetapi apabila bertemu kembali page si jejaka di mukabuku.. impian dan harapan si gadis mekar kembali.. dan perasaan syang dan kasih kembali bertaut..

* ada juga org mcm nie yer...
* harap maaf, penulisan buruk bebenor. hantar kt DBP reject dan bakar terus ni..
KITA BAKOR JEE!!

No comments:

Post a Comment